Friday, May 13, 2011

apa itu cantik??

  Aku selalu trap dengan benda ini.... ayat cantik. Apa itu cantik?? Kalimah ini agak susah nak describe, just only  one person can give really answer and  its you.... Even kita tanya orang pun tak akan pernah ada jawapan. Adakah saya cantik?? cuba tanya, apa dapat? Cop tanda orang gila kot.... Cantik is subjektif. Aku selalu fikir macam mana jadi cantik?? Listen here, ini pegertian cantik bagi aku. Aku just bagi pendapat.... If explain mesti berjela, cantik sekarang depends pada physical. xyah aku cakap camne tau sendiri ....Mungkin aku cakap camni sebab aku bukan tgolong org yg cntik.... agak betulah...
   Apa yg aku fikir utk, Allah kurniakan kecantikan kat hamba dia cuma ada perbezaan.  Munkin ada pada physical, perwatakan dan apa2 je. Kita xpernah perasan sebab kecantikan tak boleh diukur, kalau boleh timbang macam nak tau berat. Manusia mungkin akan buzy cari cantik... keyakinan juga terletak pada kecantikan,  Seyakin mana kita secantik itulah. Sekarang aku kena yakinkan diri aku....
 Bak kata lagu Bruno Mars just the way you are, 1 lagu ini menjadi diriku dan ... Ada 1 ayat ini, cantik perangai....  Aku harap orang boleh terima cantik aku. Mereka harus terima kerana ini adalah aku....
So Laila be urself k..... I am Laila Fareha!!


wasssalam by Layla Khaulah
 

Monday, May 9, 2011

Hai Mr Odd.... Tolonglah Mamat Kasut Part 1

Angin menghembus kuat lagi-lagi  selepas hujan turun membasahi tanah muka bumi  Hembusannya sungguh kuat, andai kata ia dapat membawa pergi sebahagian kenangan aku yang ingin aku lupakan tentu aku orang yang menjadi manusia paling gembira kerana aku sudah tiada lagi kenangan pahit yang sentiasa berada dibenak fikiranku, aku mahu kenangan indah yang sentiasa memenuhi segenap ruang hidupku.  Tetapi bisahkah?  Itu kerana tiap kali aku terkenang orang yang aku sayangi maka berulang kenangan pahit aku. Cuma satu yang dapat aku lakukan, keluar dari situasi yang selalu buatkan aku terkenang pada dia.Aku pilih langkah ini, aku percaya dan yakin ini jalan yang terbaik.
“ Mia  betul ke kamu nak tinggal kat sini? Ayah ada peluang terbaik untuk kamu.” Ayah Mia memastikan anaknya sudah membuat pilihan terbaik untuk dirinya.
“ Ayah  tak perlu risaukan Mia, ini yang terbaik. Lagipun tempat ni tenang.  So. Mia akan rasa tenang.” Mia  membuka tingkap, kelihatan hutan  luas terbentang. Kemudahan disini tidak seperti di tempat Mia. Ini kehendak Mia belajar untuk berdikari dan melupakan sesuatu.  Ayah Mia mengeluarkan sesuatu dari beg berwarna hitam, gambar keluarga Mia, ayah dan ibu.  Gambar  tersebut  diletakkan diatas meja belajar Mia.  Mia tidak setuju dengan tindakan ayahnya, dia mengambil gambar itu dan simpan semula gambar didalam beg hitam tersebut. Ayah Mia hanya memandang tindakan Mia.
“ Mia bukan semua kenangan kita boleh melupakan. Mia dengar sini, kita tidak boleh buang kenangan  sebab ia sentiasa di hati dan  sebahagian hidup Mia. Maksudnya kalau Mia buang kenangan Mia akan lupa siapa diri Mia.” Nasihat Ayah Mia. Mia duduk sebelah ayahnya, memeluk lengan ayah dan meletakkan kepala di bahu ayahnya. Air mata Mia menitis perlahan, dia tidak mahu menangis  tetapi hati dia luluh sebab kenangan itu….
“ Mak bilik nilah. Bukan tu!!” Jerit perempuan bertudung berwarna merah jambu. Kelihatan dia membawa beg beserta bantal ditangannya.

                  ********************************************************

“ Nama saya  Nurul  Suhana, boleh panggil saya Ana. Kini saya dah jadi “ roomate” awak. Ini first time saya duduk kat asrama. Awak sapa nama?”. Ana  memperkenalkan diri.
“ Aku Damia Zafieyah. Boleh panggil  Feya” Giliran Feya atau Mia memperkenalkan diri.
“ Feya, saya harap kita boleh tinggal sama-sama dengan baik. Kalau ada apa yang awak tak puas hati beritahu saya saja. “ Pinta  Ana.
“ Lepas ini kita kena berkumpul di dewan untuk sesi pengenalan. So sekarang kita nak bersiap cepat.” Sambung Ana. Ana si gadis ceria, senyumannya tidak pernah lekat dibibir. Feya bangun menuju ke bilik air.


“ Feya kita daftar kursus esok. Untuk minggu ni kita ada minggu orientasi , kita kan baru masuk. So senior nak kenalkan kita benda-benda kat sini. “ Ana membaca arahan pada kertas yang diberi pada waktu pengenalan di dewan tadi. Feya hanya mendiamkan diri.
“ Feya, awak amik kursus apa? “ soal Ana, tidak selesa melihat Feya berdiam diri.
“ Microbiolgi dan awak Ana?.” Feya mula bertanya.
“ Diploma sains tetapi saya tak minat dan terpaksa ambil. Awak memang minat kursus ni ke. Macam susah bunyinya.” Celoteh Ana. Tiada respon dari Feya.
“ Dah tidur rupanya. Aku cakap seorang jelah ni. “


*****************************************************************************
Sesi pengenalan untuk pelajar  baru sudah selesai maka bermula kehidupan mereka sebagai mahasiswa. Ana bangun awal daripada biasa, ini hari pertama dia ke kelas. Rasa teruja menguasai dirinya, mengharapkan terbaik untuk hari ini. Dia  akan dapat ramai kawan baru. Feya kelihatan lena dibuai mimpi, semasa minggu orientasi mereka harus bangun awal untuk melakukan aktiviti.  Penat semalam belum hilang lagi sudah mula episod baru.
“ Feya bangun, hari ini kita ada kelas. “ Ana memegang bahu Feya. Dia masih tidak bergerak. Ikutkan hati memang Ana mahu menggunakan teknik yang selalu dilakukan pada adiknya jika susah dikejutkan. Tiap hari sarapan pagi adiknya adalah air sejuk. Itu teknik paling berkesan untuk orang yang susah nak bangun pagi. Takkkan nak lakukan pada Feya.
Ana dapat sesuatu idea untuk megejutkan Feya. Ana membisikkan sesuatu di telinga Feya.
“ Feya , tolong berjaga dari mimpi awak. Kalau tak saya masuk dalam mimpi awak.” Feya terkejut dan matanya membuntang.
“ Bangun pun awak. Ambil ni tuala. Syampu, ubat gigi dan sabun. Pergilah mandi. Kita dah lambat ni.” Feya masih terpinga dan mengikut arahan.


*******************************************************************

“ Ari, jom makan. Saya lapar. “ Ari adalah kawan kelas pertama Ana untuk hari ini. Perwatakan Ari mesra, dia bukan seperti budak lelaki yang lain. Ari berbeza, selesa berkawan walaupun baru berkenalan.
           Ana dan Ari makan di Café yang terletak di kampus. Ana bangun  untuk memesan minuman dia dan Ari.  Ana melihat sesuatu, dia terkejut. Ana cuba mengenalpasti benarkah apa yang dia lihat sekarang.
“ Adik nak minum apa?” pak cik café menyoal Ana , dia tidak memberi respon. Fokus memandang kelibat itu.
“ Ana, kalau nak berkenalan nanti dululah. Pesan minuman dulu lah.” Sergah Ari. 
“ Fareeq Adha.” Ari sengaja menyebut nama itu di depan Ana. Ana masih lagi melihat lelaki yang membaca surat khabar sambil  memegang pen. Dia membulatkan sesuatu pada kertas surat khabar itu seperti orang mencari kerja.
“ Apa Ari? “
“ Nama dia Fareeq Adha.  Tak berkelip memandang Ana.” Perli Ari.
“ Nama dia Fareeq ke? Betul lah tu dia.”
“ Apa yang betul?”
“ Tak ada apalah.” Ana mengelak sesuatu
“ Tapi  Ari saya nak cerita kat awak. Tolong rahsiakan  tau. “ Ari hanya menganguk.
“Saya dah kenal lama dengan dia. Masa sekolah rendah dan tak sangka saya jumpa dia kat sini.”
“ Kenapa tak tegur dia?”
“ Dia tak akan pernah ingat saya. Budak pandai mana gaul orang macam saya.” Ana terkenang zaman silamnya.
“ Gaya macam kenal je.”
“ Sebab masa sekolah rendah saya selalu stalker dia. Tak sangka jumpa dia kat sini.” Ana tersengih mengimbas kenangan di sekolah  rendah.
“ Awak pernah minat dia lah ni.” Ana tidak menjawab hanya menguntum senyuman.

Feya  menunggu Ana kerana dia sudah berjanji untuk membeli makanan bersama. Sudah berkali Feya mnelefon, Ana masih tidak menjawab. Jadi , Feya  pergi sendiri di kedai yang terletak  di sebelah kampus mereka. Feya memilih restoran yang mana dia mahu mengunjungi, dia masuk ke dalam untuk menjenguk lauk kegemarannya.  Dia keluar semula mungkin tiada lauk yang memenuhi ciri-cirinya. Akhirnya Feya Nampak lauk kesukaanya  iaitu ayam masak merah tetapi kedai itu dipenuhi pelajar-pelajar sekampus kerana sekarang adalah waktu makan tengah hari. Feya beratur  demi lauk itu. Tiba-tiba Feya ditegur oleh lelaki .
“ Kau tahu tak kau potong line?” Tegur lelaki itu dalam nada kasar.
“ Aku tak  nampak kau pun dari tadi.” Feya menegakkan dirinya.
“ Tadi aku betulkan tali kasut, tapi tadi ini line aku.” Jelas lelaki itu tidak puas hati.
“ Jadi salah aku lah kau betulkan kasut. Mana aku tahu kau nak betulkan kasut. Line ni tak ada nama kau kan. Everyone have right!.” Feya benar-benar sakit hati dengan  perangai lelaki itu.  Apa salahnya dia beratur balik bukan susah hanya beratur semua akan dapat beli makanan.
“ Perempuan ni nanti aku bagi penampar kan!!” Lelaki tinggi itu menaikkan tangan kanan menunjukkan dia akan menunaikan apa yang dikatakan olehnya.
“ Bagilah… dengan alasan aku rampas  line sebab kau betulkan kasut. Ada ke patut?.” Soal Feya. Lelaki tersebut meletakkan tangannya semula memikirkan ayat yang diucapkan oleh  Feya.
“Korang gaduh pasal line beli nasi je. Tak malu ke orang  tengok.” Lelaki bercermin mata itu bersuara, mungkin kawan kepada lelaki yang  cari pasal dengan Feya.
“ Jom kita pergi gerai lain, tak berselera aku nak beli makanan sebab ada perempuan yang banyak songeh ini.” Lalki itu memberi alasan.
“ Sapa songeh?.” Jerit Feya melihat lelaki itu beredar, dia baru tersedar yang kelakuannya menjadi tontonan orang ramai. Feya baru mengerti malu.
************************************************************************
“ Asal Feya call?.” Ana tidak mengingat janjinya kepada Feya.
“ Alah aku lupa nak temankan dia makan kat gerai tu.” Ana bergegas tiba-tiba dia tidak dapat bergerak seperti ditarik sesuatu. Ana mncuba untuk berjalan tetapi tidak mahu.
“ Awak, beg saya tersangkut pada zip beg sandang awak. Tolong jangan tarik, saya nak cabut.” Lelaki berjaket hitam itu  mencabut sesuatu yang tersangkut pada zip beg milik Ana.
“ Perlahan- lahan . okey dah siap.” Lembut bicara lelaki itu.
“ Macam kenal je dia ni. Oh Abang  Amar untuk program orientasi hari itu.”
“ Thanks Abang.” Ana mengucapkan terima kasih.
“ Junior ke? Kabut je abang tengok. Nak pergi mana?”
“ Tandas.” Asal terkeluar ayat tandas, nak cakap lain keluar benda lain. Bantai je lah.
“ Tak pelah pergi cepat.” Abang Amar senyum melihat telatah Ana.

  Di bilik, pada waktu malam masa inilah Ana  dan Feya menghabiskan masa bersama. Mereka tidak ambil kursus jadi masa untuk berjumpa di kampus amat terhad.
“ Maaf Feya tadi aku betul-betul lupa pasal lunch tu.” Pinta Ana.
“ Tak palah, aku tahu kau sibuk.  Nanti kau ada pun habis kena dengan mamat kasut tu. “
 Feya mengingati peristiwa di gerai tadi.
“ Mamat kasut mana ni Feya?”
“ Cari pasal dengan aku just  line nak beli nasi.” Ana ketawa mendengar cerita yang disampaikan Feya.
“ Asal panggil mamat kasut?”
‘’Entah sebab masa tu dia betulkan tali kasut dia. Mana tahu tu line dia so aku beratur je lah.  Dia kata aku perampas sebab dia betulkan tali kasut. Aku panggil dia macam tu senang nak ingat dia.” Jelas Feya.
“ Agaknya dia minat Feya kot.”
“ Mamat macam tu, tak ada dalam kamus hidup aku.” Feya menafikan apa yang dikatakan oleh Ana.
“ Ana apa cerita budak sekolah rendah yang kau minat tu?.”
“Ana suruh Ari stalker sebab dia tu roomate Ari. Tak sangka betul Feya.  Tapi dia dah berubah, masa sekolah dia banyak mulut sekarang senyap tak bergaul dengan orang. Dengan Ari pun jarang cakap. Setahu Ana dia ada peristiwa memang agak ngeri.”
“ Apa yang ngeri tu?”
“ Adik dia hilang masa kat tadika. Until now tak jumpa lagi. Kalau dah meninggal pun mayat pun tak jumpa. Merata keluarga dia cari , untuk lupakan peristiwa itu family dia decide nak pindah.S Selepas tu bayang dia pun tak pernah nampak.”
“ Dia tu pelik lah Ana.”
“ Agaklah.”
“ Jom panggil dia mr odd.” Cadang Feya.
“ Suka suki dia nak gelarkan orang tadi mamat kasut sekarang Mr Odd pulak.” Feya hanya ketawa.
“ okey gak Mr Odd!!.”

Feya melangkah kaki ke dewan kuliah . Hari ini akan bermula kuliah pertama, subjek pertama untuk pagi ini adalah   pre- calculus . Feya  mengambil tempat duduk ditengah, nak ke hadapan belum berani.  Feya  masih mencari  kawan tetapi sejujurnya dia susah  di dekati sekarang ini Cuma Ana kawan yang Feya kenali.
“ Macam kenal je Minah ni?” Satu suara kedengaran dibelakang Feya, suara itu seperti dikenali tetapi tidak pasti siapakah pemiliknya.
“ Awak pakai baju putih tu, pandang belakang sekejap.” Tegur suara itu. Feya memandang belakang untuk memastikan siapakha pemilik suara itu.
“Minah songeh rupanya!” Jerit lelaki itu.
“ Ruiz , minah ni yang cari pasal dengan kau?” Soal salah seorang temannya.
“ Mamat kasut ini ada nama rupanya.” Kata hati Feya. Malas melayani kerenah lelaki yang berada dibelakangnya, Feya bangun mencari tempat duduk baru.
“ Lari pulak, hari tu kat gerai berani lak berkata. Tegak hak konon.” Lelaki yang bernama Ruiz itu bangun mendekati Feya. 
“Hari tu punya cerita dah habis.” Feya mula berbicara. Di hati memang malas melayani mulut Ruiz tetapi ini soal maruah.
“ Bagi aku Ruiz Irfan tak akan pernah habis orang yang cari pasal dengan aku.”  Balas Ruiz.
“ So kau nak apa lagi?? Nasi yang kau beli hari itu pun dah  habis makan.” Kedengaran deraian ketawa dari pelajar yang menyaksikan mereka bertikam lidah.
Ruiz  berasa geram dengan mulut  Feya, tanya sepatah berpata-patah jawabnya. Dia tidak tahu mengapa dia masih tidak puas hati dengan perempuan berambut pendek itu. Ada sesuatu tentang Feya yang dia ingin ketahui.
“ Aku nak kau ……” Ruiz buntu berfikir untuk mengenakan Feya.
“ Tengok kau tak ada apa nak cakap kn? So marilah kita berdamai. Mulai saat ini antara kau dengan aku tak ada urusan .” Feya duduk kembali di tempatnya.
“ Aku nak kau minta maaf dengan aku.” Pinta Ruiz.
“ Bukan kau yang patut minta maaf ke? “ Feya tidak puas hati. Feya yang pula mendekati Ruiz, perasaan sabarnya sudah sampai had. Ruiz tidak mahu berganjak, dia tidak tahu apakah yang mahu dilakukan oleh gadis manis itu.
“ Kau nampak tak ni?” Sebuah tumbukan dihadiahkan untuk Ruiz atas permintaannya. Feya meluru keluar tidak tahan dengan sikap Ruiz. Pensyarah yang dijangka akan tiba mungkin tidak dapat menghadirkan diri, Feya keluar mencari ketenangan,
“ Sekarang memang kau ada uruasan dengan aku selamanya.” Teriak Ruiz sambil memegang hidungnya.
“ Ganas juga perempuan ni.”
**********************************************************************************


“ Ana , tak faham kenapa kita kena lepak kat sini?” Ari menyoal dengan penuh kepelikan.
“ Tempat ni sejuk pastu selesa. Ana nak baca surat kahabar.” Ana memberi penjelasan sambil membelek suratkhabar. Dia menarik  salah satu daripada helaian tersebut.
“ Ini perpustakaan, kalau kat kafe ke di mana- mana lah tetapi bukan di sini!.”  Bicara Ari mengharapkan Ana mendengar katanya.  Harapan Ari meleset, Ana tidak berkata apa- apa pun dan dia sedang melihat sesuatu dengan penuh perhatian.
“Fareeq tidur di perpustakaan, macam tak de tempat lain dia nak tidur.” Rupanya ini adalah aktiviti harian Fareeq apabila tiada kelas. Tidur di perpustakaan beralaskan lantai dan ini merupakan alasan Ana untuk pergi ke perpustakaan. Ana bnar-benar angau  dengan lelaki bernama  Fareeq, bagi Ari setiap perlakuan  Fareeq adalah pelik. Pada waktu malam dia akan mengigau menjerit nama Mimi, setiap kali mahu tidur  Fareeq akan memegang bantal berwarna pink serta menyimpan patung beruang di dalam loker baju. Sekarang ini, Fareeq tidur di perpustakaan dibawah beralaskan  lantai. Fareeq ini normal atau tidak? . Dan Ana pula tidak tahu mengapa dia menyibuk hal Fareeq.  Tidak sampai hati Ari ingin memberitahu perlakuan pelik Fareeq, apa yang disampaikan Fareeq seorang pelajar yang normal. Ana tolong lah sedar Fareeq tidak akan memandang awak kerana dia berada di dunia lain, tak berpijak pada yang nyata.
“ Ana awak just nak tengok Fareeq tidur kat sini ke? “ Ari menyoal ingin tahu. Ana  senyum mengiyakan kata Ari. Sudah sebulan mereka berkawan, kadang Ari merasakan Ana gila bayang tentang Fareeq.
“ Ana boleh tak awak berhenti buat macam ini?” Rayu Ari kepada gadis berselendang hitam.
“Buat apa?” Ana tidak faham apa yang dikatakn Ari.
“Fareeq…..” menyebut sahaja nama itu, nampaknya sudah menjelaskan segalanya.
“ Kenapa?” Gadis berlesung pipit itu mengerutkan dahinya.
“ Kalau awak terus buat begini, dia akan tak akan pernah pandang awak. Awak kena ke hadapan jumpa dia.”  Ari memberi pendapat.
“Dan selepas itu, saya kena buat apa?” Ana meminta Ari menjelaskan pendapat.
“ Terus terang pasal awak?”
“ Dia tak akan ingat siapa saya, Ari.”
“ Jelaskan pada dia. Mungkin dia akan ingat.”
“ Bagitau saya ialah budak gemuk  yang selalu dia bawak pergi jumpa guru besar untuk rotan  semasa dia jadi pengawas dan  tiap kali hari jumaat budak itu akan letak gula lollipop di bawah meja tempat dia duduk. Macam itu ke? Mungkin dia akan ingat saya.” Ana berlalu pergi perit untuk mengingati kenangan lamanya meninggalkan Ari yang dalam kebingungan dia Cuma mahu membantu bukan macam ini kesudahannya.
Ana meluru keluar mencari ketenagan tetapi dimana.  Mungkin pendapat Ari masuk akal tetapi mengingatkan dirinya pada Fareeq bukan idea yang sangat baik.
“ Maaf saya tak sengaja.” Ana terlanggar seseorang.
“ Tak  apa. Awak, saya cari awak selama ini, Awak tercicir sesuatu masa kita tersangkut zip. Mungkin ini benda berharga untuk awak.” Amar meghulurkan rantai yang berloket bentuk hati dan  tertulis “Ana” pada Ana. Rantai  yang diberikan oleh ibunya semasa hari pertama Ana masuk ke Universiti.
“Terima kasih.” Ana tidak perasan yang dia kehilangan rantai berharga itu.
“ Welcome Ana. Cantik rantai itu. Jangan hilangkan lagi.” Pesan Amar sebelum beredar.
“ Ana ingat pesan Mak. Apa pun yang terjadi macam mana pun teruk, ia tetap dugaan dari Yang Maha Esa. Jangan sesekali Ana lupa tentang itu,  maka jika Ana ada masalah kembali kepadanya.Siapa pun Ana. Mak tetap sayang dan percaya anak mak yang cantik ini pandai membuat keputusan. Mak yakin pada Ana.” Terasa ciuman hangat yang diberikan Mak kepada Ana walaupan sudah sebulan berlalu.
“ Ana rindu mak.” Ana bercadang mahu pulang pada waktu cuti nanti.
“Akhirnya dia terima aku jadi friends dia.”  Teriak Ruiz apabila melihat laman sosial  Facebook. Feya menerima dia sebagai kawan tetapi bukan menggunakan nama sebenarnya Ruiz Irfan, dia telah menggunakan nama samaran iaitu Putera Kayangan.
“ Asal kau guna Putera Kayangan?.” Soal teman baik Ruiz, Faiz.
“Aku terpikir nama itu je. Tak pelah, at last minah songeh accept aku. Kau tak dah berapa lama aku tunggu. Untunglah dia tak ignore.” Luah Ruiz.
“Pelik, nama kau add dia? Bukan musuh kau ke,” Pertanyaan dari Faiz membuaTKAN Ruiz tersenyum seperti kerang busuk.
“ Aku nak kenakan dia. Biar dia angau dengan Putera Kayangan then bila dia tahu sebenarnya Putera dia itu adalah aku mesti dia bengang kan.” Ruiz memberitahu rancangnya kepada Faiz.
“ Selepas apa jadi?.” Faiz meminta penjelasan dar Ruiz tentang rancangan jahatnya.
“ Minah tu frust lah. Faiz, kau macam tak setuju dengan plan aku ke kau dah jatuh hati kat Minah Songeh tu?” Ruiz cuba mengenakan Faiz.
“ Patutnya aku tanya kau,  Wahai Encik Ruiz aku rasa kau dah jatuh hati pada perempuan yang kau panggil dia Minah Songeh.” Faiz memulang paku keras.
“ Dunia boleh terbalik kalau aku jatuh hati kat dia.” Ketawa  Ruiz, dia yakin jatuh hati kepada gadis yang punyai mata sepet adalah mustahil.
“Tengoklah nanti siapa yang angau…..” Faiz  percaya yang Ruiz sudah jatuh hati pada Feya. Masakan ada sahaja perkara yang dia tidak puas hati tentang perempuan itu. Di kelas , mereka akan bergaduh semata hal kecil. Ego masing-masing tinggi, tiada siapa mahu mengalah.
**********************************************************************************

Ari mengenang peristiwa pagi tadi perihal Ana. Dia tidak pernah sangka  Ana akan meninggalkan dia sebegitu mungkin dia memerlukan masa untuk berfikir. Ari duduk di atas katil, dia melihat Fareeq sedang menulis sesuatu. Sepanjang sebilik dengan Fareeq dia tidak pernah berbual cuma  hal penting sahaja. Sebab itulah Ari lebih selesa berada diluar berbanding di bilik. Fareeq akan memerap di dalam bilik sambil menghadap computer ribanya. Setiap kali Ari memulakan perbualan pasti dia akan tertidur. Hari ini dia mengambil langkah iaitu berbual dengan Fareeq. Ari duduk di atas katil Fareeq, dia diam hanya memerhatikan perlakuan Fareeq  dan mencari topic perbualan. Dia terpandang sesuatu di atas meja Fareeq, bungkusan gula-gula pelbagi perisa  yang diletak didalam balang kaca. Pelik betul Fareeq sampah pun dia simpan.
“Fareeq, kau simpan sampah?.” Soal Ari  ditujukan kepada balang itu.
“ Maksud kau balang ini ke?.” Fareeq menunjukkan balang tersebut. Ari mengangguk mengharap soalannya terjawab,
Fareeq mengambil balang itu dan memandangnya mencari ayat untuk dijelaskan kepada Ari.
“ Ini bukan sampah, aku simpan sebab ada kenangan.”
“Maksud kau?.”
“ Masa aku sekolah rendah. Tiap kali jumaat di dalam laci  meja aku duduk pasti ada gula-gula yang diletakkan. Setiap bungkusan gula-gula yang aku terima ada tertulis kata-kata semangat. Aku simpan apabila aku rasa down aku akan baca.”
“ Kau tak pernah nak ambil tahu siapa pemberinnya?” Ari pasti itu Ana.
“ Entahlah masa tu, aku tak fikir apa pun.”
“ Kalau kau kenal macam mana?”
“ Aku nak ucapkan terima kasih.”
“Itu sahaja…” Ari tidak puas hati dengan jawapan Fareeq, dia ingin menjelaskan perkara sebenar tetapi ia melibatkan Ana. Lebih baik dia mendiamkan diri.
Ana mengajak Feya  untuk pulang ke rumah, Feya menerima pelawaan Ana kerana dia bosan duduk di kolej. Rumah papan yang terletak disebelah pokok rambutan itu kelihatan aman mungkin penghuni di rumah itu berada di luar mencari rezeki.
“Assalamualaikum Mak.” Ana memberi salam kepada penghuni rumah itu mengharapkan salamnya dijawab.
“Akak…” Teriak budak perempuan itu , dia terus meluru keluar dan memeluk Ana. Sesungguh erat pelukan itu, sudah lama tidak bertemu  kakak kesayangannya. Feya hanya memandang keakraban adik-beradik kerana dia tidak pernah merasai.
“ Ika, siapa yang datang itu?” Soal wanita yang berumur terjenguk di tingkap.
“Kak Long baliklah Mak.”
Kehidupan sederhana yang dimilki Ana membuatkan Ana sedar dia harus berusaha demi keluarganya. Lagi tanggungjawabnya sebagai anak sulung.
“Feya kenapa awak menangis?” Tegur Ana apabila melihat mata sepet milik Ana kemerahan dan berair.
“Ana, saya malu nak ngaku sesuatu.” Feya tersedu – sedan, dia sebak memikirkan sesuatu. Ana risau pada Feya dia benar-benar sedih dan dia terus memeluk Feya berharap rasa sedihnya terubat sedikit.
“Saya terlupa macam mana nak solat.” Ngaku Feya sebak. Ana memeluk Feya dengan erat.
“Al-fatihah pun tersangkut-sangkut. Yasin sedekah buat arwah ibu pun saya lupa langsung.” Ana terkedu ayat diucapkan Feya bukan bab Al-fatihah tetapi arwah ibu. Feya jarang bercerita tentang perihal dirinya termasuk keluarga.
“ Dengar sini Feya, mulai saat ini awak kena berubah. Awak tak perlu risau macam mana kerana saya ada di sini. Saya akan tolong awak.” Ana meleraikan pelukan dan mengenggam tangan Feya. Dia tahu sekarang dia punyai tugas yang berat iaitu membantu seorang insan yang bernama sahabat.
“ Untuk langkah pertama awak memerlukan ini.” Ana menghulurkan kain telekung kepada Feya. Feya sambut dengan senyuman.
“ Mari solat jemaah dengan keluarga saya.” Ajak Ana.
**********************************************************************************

Kini hati Feya tenang tidak kusut seperti waktu dulu. Semenjak pemergian ibunya, kehidupan Feya tidak terurus dia marah dengan Qada dan Qadar Allah S.W.T sehingga lupa dari mana asal dia. Tetap itu kisah dahulu, dia perlu bangkit untuk arwah ibunya dan dia masih ada tanggungjawab iaitu mendoakan kesejahteraan ibunya disana. Feya bersyukur memilki sahabat seperti Ana, sahabat yang membimbing hatinya di dunia dan akhirat. Feya membetulkan tudungnya, bukti dia sudah berubah untuk meneguhkan keimanannya.
“Ruiz minah songeh itu dah berlitup lah.” Faiz menunjukkan kelibat Feya. Manis gayanya bertudung menampakkan keayuan Feya. Ruiz terpegun melihat perubahan gadis itu.  Dia nampak berbeza sekali, Ruiz tersenyum sendiri.
“ Ada orang jatuhlah.” Faiz membisik pada telinga Ruiz.
“ siapa?” soal Ruiz mencari orang yang jatuh itu.
“ Kaulah Ruiz, jatuh hati .” Faiz gelak melihat telatah kawan baiknya. Feya bukan sekadar curi barisan Ruiz semasa membeli nasi tetapi sekarang hati pun dah kena curi.
“ Mamat kasut dengan Minah Songeh. Good combination.” Faiz mengusik lagi.
“Faiz, kau jangan ngarut.” Ruiz nafi sekali lagi.

**********************************************************************************

“ Ana, Fareeq ingat pada awak. Dia simpan bungkusan gula-gula yang awak beri pada dia.” Jelas Ari bersungguh untuk menyakinkan bahawa Fareeq ingat pada Ana.
“Tetapi dia tak tahu siapa pemberinya.” Ana mengingatkan Ari.
“ Kalau awak beritahu sekarang dia akan tahu.” Ari memberi keyakinan kepada Ana.
Ana berhenti mengorak langkah sambil memandang Ari. Dia tersenyum sebelum memberi penjelasan.
“ Saya ingat pesan awak, Fareeq berada di dunia lain. Saya tak sesuai dengan dia. Thanks sebab awak support saya dan saya hargai setiap usaha awak tetapi perkara ini tak boleh diteruskan.” Bicara Ana lembut tidak mahu hati Ari terguris dengan ayat yang diungkapkannya.
“ Tetapi Ana…” Ana beredar tidak mahu mendengar apa yang ingin diterangkan oleh Ari. Mr. Odd punyai dunia yang berbeza dengan Ana, dia perlu menerima hakikat dan kenyataan walaupun perit. Di dunia ini, kadang kala apa yang kita mahu tidak pasti kita akan memperolehi dan kadang kala juga apa yang kita tidak mahu mungkin hadir serta terbaik untuk kita perolehi.

“ Ana seorang ke? Boleh abang duduk sini?. Tegur Amar.