Saturday, April 16, 2011

kerana senyuman itu


          
    “Aku  bukan player or other word Casanova! Aku tak paham lah kenapa korang suka panggil macam tu. “ Adham bengang dengan seorang gadis yang memanggilnya sebagai Casanova. Dia mengakui  mempunyai ramai kawan perempuan tetapi tidak bermakna dia seorang Casanova, berniat untuk berkawan. Itu sahaja!! Dia amat benci orang mengelarkan dirinya Casanova.Dia bukan Casanova.
      “ Aku dah banyak kali nasihat jangan layan perempuan macam tu. Kau tahu kan perempuan ni kadang- Kadang cepat perasan. Yang kau selalu buat muka comel tu kat dia sapa suruh?.” Tegur Nisa antara kawan perempuan yang paling rapat dengan Adham.
       “ Aku tak berniat langsung, Cuma nak happykan dia je lah.” Adham memberi alasan. Nisa hanya memandang Adham, dia memang macam itu tetapi Adham benar-benar bukan Casanova seperti  orang cakap Cuma layanan Adham membuatkan dia digelar romeo. Hanya Nisa sahaja yang tahu bahawa Adham tidak pernah bercinta walaupun dibangku sekolah maknanya dia tiadak pernah ada “ girlfriend” ataupun teman wanita. Adham boleh dikategorikan sebagai jejaka Malaya hangat di Malaysia,mukanya ala
- ala korea membuatkan gadis  melihat dia seorang lelaki yang sempurna dari segi fizikal. Bagi  Nisa, Adham sekadar kawannya.  Kadang – kadang perangai  Adham boleh membuatkan jantung  Nisa berdegup kencang.
          “kau jangan senyum macam tu boleh tak, sangat mengelikan tau”. Jerit Nisa apabila Adham menguntum senyuman terbaik darinya seperti ada sesuatu.
           “ Nisa, aku senyum je itu pun kau dah geli belum aku panggil kau comel ke?? Mesti cair kan?? Kau tahu kan aku ni comel. Senyuman aku ni mahal tau , kau paling bertuah sebab dapat tengok.” Adham mengangkat bakul sendiri.
           “ Bertuah kau kata?? Malang adalah……” Nisa bergurau. Muka Adham mulai nampak kendur, mesti terasa hati dengan apa Nisa ungkapkan tadi. Itulah Adham agak sensitif orangnya  Cuma orang rapat denganya dapat memahami sikapnya. Terima pujian boleh kritikan membuatkan Adham hilang semangat.
           “ Merajuk lah tu. Tuan Maharaja dambaan idaman suci dara. Ampunkan hamba, niat dihati nak gurau sahaja. Nanti muka Tuan kedut, sapa mahu mendekati?? Hamba tak rela.” Pujuk Nisa dengan bahasa klasik , muka Adham masih tidak berubah.
    “ Tuan hamba sanggup renang lautan api semata untuk melihat senyuman Tuan.” Nisa mencuba lagi.
      “ Tuan….”
      “ Dah cukup!!  Nak pujuk pakai taktik tu tak jadi lah Nisa. Patut lah xde pak we.”
      “ Apa kau cakap?? Menghina tau……” Nisa muncungkan mulutnya tanda merajuk.
      “ Aku nak makan . Laparlah belanja aku tau Nisa kata nak pujuk aku.” Adham tidak melayan kerenah Nisa. Nisa mengikuti belakang Adham , dia menyerah kerana bab memujuk memang Adham lemah.
     Selepas habis waktu kuliah, Nisa terus bergerak ke CafĂ© Apple untuk menikmati makanan kegemaraanya iaitu soto. Nisa  mengajak Adham makan bersama tetapi dia ada hal lain yang mahu diselesaikan. Tiba- tiba  seorang gadis datang  ke meja Nisa .
   “ Hai Nisa seorang je ke? Adham mana?”. Bertubi soalan yang ditanya oleh gadis itu. Nisa bingung soalan mana harus dia jawab.
    “Oh, Lia jom lah duduk.” Nisa tidak memberi respon terhadap soalan gadis yang bernama Lia tu.
     “ Aku Cuma nak Tanya sesuatu? Betul ke Adham single?.” Belum sempat Nisa menjawab soalan tadi  Lia mula bertanya soalan . Nisa hanya menggeleng  tanda dia memahami soalan Lia.
    “ Thanks , Nisa.” Lia berlalu pergi meninggalkan Nisa yang dalam  keadaan  keliru.
  “ Apa yang aku lakukan sampai dia berterima kasih.” Ngomel Nisa pelik.
                        Lia   gadis  pujaan ramai di Universiti , teman lelakinya merata dan entah siapa.
Dia  gadis paling seksi yang dapat memukau lagi- lagi  mata bernama lelaki termasuk Adham. Walaupun dia  tidak pernah mengakui namun setiap kali Lia berhadapan dengannya pasti Adham kelu tiba-tiba lembik seperti jeli. Nisa akan ketawa besar apabila mengingati peristiwa itu, Adham pernah terlanggar tiang perpustakaan gara melihat  mini skirt Lia yang pendek. Adham memang suka pada perempuan cantik persis Lia  tetapi mahukah Lia mendekati pemuda yang bernama  Adham. Namun hari ini Lia menanyakan tentang Adham.  Pelik selama ini Lia tidak pernah menegur Adham walaupun berada dalam kelas yang sama.

Tadi Lia ajak aku date, kau rasa patut tak aku pergi.” Nisa membaca mesej yang tertera pada telefon bimbitnya.
“Patut keluar ke tak, kenapa aku kena jawab. Kalau cakap jangan ,nanti apa Adham fikir.”  Fikir Nisa sendirian.
“ Suka hati kaulah.”  Nisa membalas mesej. Selang beberapa saat bunyi mesej daripada telefon Nisa kedengaran.
“ Aku tak nak pergi lah. Tiba- tiba ajak aku date tak pelik ke, Kau tahu kan Lia mana layan orang macam aku.” Nisa senyum membaca mesej tersebut, hatinya riang berbunga tetapi dia tidak mengerti mengapa dia tersenyum dan berperasaan seperti itu.
“ Nisa kau dah in luv ke? Tak mungkin pada si dia. Dia kawan kau. Mana boleh couple  dengan kawan baik sendiri. Itu prinsip kau!!.” Kata hati Nisa.
“ Baguslah, aku rasa dia cuba nak mempermainkan kau.” Nisa menekan butang delete pada telefonnya.
“ Aku mana boleh tulis macam ni. Adham akan cakap cemburu pula.Lebih baik aku tulis macam ini.”
“ Kau tak kisah ke? Ini peluang bukan senang nak keluar dengan dia lagi dia ajak kau. Tak nyesal?” Nisa membalas, nyesal pula dia tulis begitu namun cepat-cepat dia menekan butang hantar. Harap Adham tak tukar fikirannya.
“ Ting, ting.” Bunyi mesej masuk dari Adham.
“ Tak nyesal lebih baik lepak dengan kau. Aku nak turun court malam ni . Kau nak join tak?  Lawan badminton .”  Nisa senyum sekali lagi melihat mesej itu dan hati dia berkata     “ yes”.
“ Nanti aku mesej kau bila turun.”

“Meluat aku tengok si Lia tu. Kau perasaan tak sejak akhir ini Minah gedik tu asyik  nak rapat dengan Adham? ”  soal Nisa kepada  teman biliknya, Tasya. Tasya adalah teman bilik Nisa merangkap kawan baiknya. Dia tahu Adham dan Nisa berkawan baik walaupun berbeza kursus.
“ Nisa aku ada bau sesuatu lah.” Tasya mencari bau tersebut .
“ Bau apa? Aku tak bau apa pun.”
“ Bau orang tengah cemburu. Aku tahu kau  jeles dengan Lia. Akuilah kau dah jatuh cinta pada Adham.” Tasya sengaja menduga teman baiknya. Nisa membaling teddy bearnya tepat mengena ke muka Tasya yang bujur itu.
“ Sakitnya! I’m talk about fact, dear.”
“ Banyak lah fact kau tu, aku dan Adhan kawan je.”
“ Yelah ,” Tasya terpaksa mengalah Nisa sukar dijangka nanti apa benda pula dibalingnya nanti kalau dia terus mengusik Nisa  tetapi melihat keadaan Nisa dia betul- betul sudah jatuh cinta pada mamat romeo itu. Mana tak Nisa sanggup menemani Adham ke gelanggang semata bermain badminton hampir tiap malam. Pernah sekali Adham demam  Nisa sibuk membeli penadol  walaupun  kedai itu dah tutup dia tetap berdegil dengan memaksa pekedai itu membuka balik kedainya.   Kawan ke tu?? Ada hari  itu, Nisa memberitahu  bahawa Adham mahu Nisa membantu dia mencari teman wanita sampai sekarang masih belum ditemui mana tak Nisa tidak pernah sekalipun berusaha untuk mencari. Mungkin Nisa tidak perasan lagi tetapi tindakanya jelas sekali.                                                    
“ Lia tadi soal siasat pasal Adham kat aku. Dia  suka perempuan macam mana then suka makan apa. Rimas betul aku.” Nisa mengadu.
“ Kau jawab apa?”
“ Aku jawab lah apa dia Tanya walaupun ……”
“ Hati kau cemburu.” Tasya menyambung.
“ Kau  nampak  tak  cawan yang berisi air milo ni?” Tasya melihat mug Nisa .
“ kenapa?”
“ Best mandikan orang dengan air milo.” Tasya bangun melarikan diri sebelum benar-benar Nisa melakunnya,
“ Kau nak lari?” Nisa mengejar Tasya, riuh bilik kecil di kolej Mawar.

“ Aku pelik dengan Lia and rasa takut sekali.” Ngomel Adham .
“Apa dia buat sampai kau pun pelik. Aku rasa selama ni pun dah pelik..”
Nisa mengutuk Lia.
“ Takdelah dia asyik ikut aku, ni pun aku terlepas dengan dia. Kalau dia Nampak aku kat sini abislah!!”
“ Bukan kau nak awek ke? Ni dah ada depan mata kau tak nak pulak.” Nisa mengingatkan Adham,
“ Tapi janganlah sampai  macam ini. Rimas tau.”
Tiba-tiba Lia datang menghampiri mereka. Adham  mengerutkan mukannya dengan bahasa isyaratnya dia benar- benar tidak menyukai Lia. Dia dulu pernah juga memendam rasa cinta pada Lia , gadis terseksi seuniversiti. Kini setelah mengetahui siapa Lia sebenarnya, hati Adham tertutupnya untuk gadis tinggi lampai itu.   Lia “ cat walk’ seperti berjalan di atas pentas peragaan .
“ Sayang you kat sini rupanya.” Lia mengusap-usap tangan Adham, Nisa terkedu dia hanya mampu menelan air liur.
“ Lia, kenapa awak sibuk hal saya. Sejak bila?”
“ Apa ni sayang?” Lia mengecilkan suaranya persis budak kecil meminta gula-gula.
“ Saya rasa awak patut berhenti buat macam ini.”
“ kenapa?”
“ Saya tak suka.”
“ Mesti perempuan ni hasut awak kan?”  Lia memandang Nisa seperti singa kelaparan.
Adham diam tanpa bicara.
“ Aku dah agak kau  mesti tahu sapa Adham. Bila kau tahu sibuk lah kau nak potong line aku. Kawan konon rupanya nak mengatal”.
“Lia cukup lah. Nisa tak tahu apa-apa.” Nisa bingung, dia paling mengenali siapa Adham kerana dia kawan rapat Adham. Apa yang Lia tahu sedangakn Nisa tidak tahu.
“ Siapa awak Adham?” Nisa mula bersuara.
“ Tengku Adham Shah Tengku Hamzah Shah.” Lia mengeruhkan keadaan.
“Kau rahsiakan hal ini dari aku, apa lagi yang kau tak beritahu.” Nisa terkejut dengan pengakuan Lia maknanya Adham tidak pernah percayakan dia. Air mata Nisa jatuh , dia berlalu pergi meninggalkan Adham dan Lia. Adham terkaku berdiri dia buntu apa yang harus dia lakukan. Lia sengih melihat Nisa pergi begitu sahaja. Dia merasakan Adham akan jadi miliknya.
 “Lia  , saya pernah sukakan awak.”
“ Betul ke. Macam itu baguslah.” Lia menarik tangan Adham tetapi dia kaku. Lia pelik dengan kelakuan Adham tadi kata suka .
“ Tetapi sekarang tidak lagi. Saya baru kenal siapa awak.  Menyesal saya mengenali awak.” Adham beredar pergi dan Lia tinggal keseorangan . Bingung apa yang dikatakan oleh Adham.

    Sudah 2 minggu Adham tidak dapat menghubungi Nisa, hantar mesej tidak berbalas, apabila Adham menegur Nisa di laman Facebook terus  Nisa “ offline”. Adham serba salah tentang hal itu. Dia berniat untuk memberitahu tetapi tidak berkesempatan dan tiba-tiba Lia  yang mengetahui entah dari mana Adham tidak ambil tahu. Dia tahu Lia tidak ikhlas berkawan dengannya semata kerana gelaran Tengku. Adham sengaja menyuruh pihak unirversiti tidak meletak nama Tengku kerana dia tahu perkara begini akan berlaku. Bukan kali pertama sudah berkali-kali.

“ Nisa maafkan lah aku.” Atas bantuan Tasya , Adham berjumpa dengan Nisa.
“Apa sebab kau buat macam ini?” Nisa tidak percaya yang Tasya pandai menipunya.  Dia kata  mahu membeli barang tetapi lain pula jadinya. Tasya gadis yang susah untuk mempunyai kawan lelaki. Nisa pelik macam mana Tasya si malu itu membuat perancangan dengan Adham.
“Aku tak nak orang berkawan dengan aku sebab inilah.”
“Kau rasa aku pun macam itu.”
“Kau berbeza, Cuma kau yang ikhlas berkawan dengan aku.”
“ Aku harap betul apa yang kau kata.”
“Nisa betul ke kau suka aku?” Adham terus terang selepas Tasya beritahu, dia tidak pernah perasan pun.
“ Aku tahu kau pasti tak dapat terima kerana  kita berkawan.  Aku rasa lebih baik kita berkawan macam dulu.” Itu pun Tasya beritahu tetapi tidak mengapa biar Adham tahu dia sudah tidak kuat untuk simpan rasa.Nisa menguntum senyuman walaupun hatinya sakit selama  ini dia bertepuk sebelah tangan. Adham menanggap dia sebagai temannya. Nisa berlalu pergi tidak mahu dilihat oleh Adham  yang kini dia sedang kecewa.
“ Aku memang anggap kau sebagai kawan tak pernah lebih dari itu. Aku yakin ada lelaki yang akan mencintai kau. Aku tidak layak mencintai kau,  Harnisa tetapi boleh aku minta untuk kau menunggu?” Adham tidak sangka gadis yang bertubuh kecil itu mencintainya. Setahu dia Nisa cukup terbaik untuknya, sahabat di dunia dan akhirat. Adham tidak pernah melayan Nisa sebaiknya sejak jadi menjadi kawan.
“Tunggu apa?” Nisa berpaling melihat muka Adham.
“ Belajar untuk mencintaimu Harnisa.”
          Adham memberi peluang untuk dirinya, semenjak berkawan dengan Nisa dia. Dia  mahu perempuan seperti Nisa tetapi bukan Nisa . Kini lain pula ceritanya.
  “ Nisa kenapa suka kat aku?” Tanya Adham walaupun soalan itu agak bodoh , kebenaran itu agak penting.
     “ Asal nak tahu. “
     “ Aku pelik.”
    “ Apa yang pelik. Senyuman Casanova  kau lah.” Nisa ketawa.
     “ Ye ke sayang?” Jantung Nisa berdegup mendengar perkataan itu. Kau aku kini sayang pulak. Adham benar-benar belajar untuk mencintainya….
“ Kata taktik ni nak mengurat tak jadi. Tak sangka ada yang tersangkut.”
“ Untuk orang lain tak jadi kot.”





by Layla Khaulah

Aku dan Tudung Labuh.....

               Sejuk  mata apabila memandang  perempuan yang berhijab labuh ni.... Bukan setakat menutup aurat malah dalam dirinya insyallah pasti  budi baik pun okey.... Aku bkn sekadar suka tgk dorg2 ni.... Malah  suka bercakap dgn  budak yg berhijab labuh..... really nk dekat org2 mcm ini... coz kwn aq almost bdk2 mcm ini.... aku?? bile ek? Time sek mmg aq pakai tudung itu tp sbb kat sek .... then aq xteruskn... Ya Allah apa lah aq ni.... masyallah....  Kwn aq kata bila pakai hijab mcm itu org akn hormat kita specially yg bernama lelaki. Ada betul kwn aq ckp mcm tu dan lg 1 statement  kita rasa selesa sbb xde benda org nk pandang... pakai baju ketat k apa.... 
            Cerita 2 org sahabat aq ni... dulu pakai tudung biasa2 je bila dh rapat dgn akak housemate  yg berhijab labuh ni.... dorg ske tgk gaya akak ni. Mulalah ....... sahabat aq cakap dy bmimpi pakai tudung labuh. Wah hebatnya. Dan kwn aq sorg ni dy betul2 ready brtudung litup.... smpi skrg perubahn dy still maintain... moga dy terus mcm tu. Bila bdiri sblh dorg aq rse len mcm. Nk cite gak aq ahli PII, agak hypo sbb pnah skli aq surau btudung labuh time kuar xselabuh itu..... apalah.....





           Aku nak pakai bila aq betul2 ready... cukup ilmu didada. budi bahasa aq sebaik itu. Tapi sampai bila?? berniat  pn dh dapat pahala.... mungkin 1 hari. Insyallah Laila....  

Friday, April 8, 2011

Mr Right OR Mr. Odd

                Bab ni agak ske ar..... still mecari sbb aq konfius....  aQ BENAR2 XKISAH JANJI ikhlas dgn aq... terima sapa aq dan background aq....Aq agak cerewet bnar2 cerewet  .... xkisah sapakah dy.... Aq xpnah mnhadapi penyakit ni, so beruntung lah org yg aq ske ni. Aq jenis yg susah nk ngaku sbb xyakin bila aq jatuh cinta, Apa yg aq ske dy really syg aq & terima aq bkn ada sbb tp aq tp lg bagus syg aq sbb Allah s.w.t. Impian mcm prince charming, aq ske sport so jenis mcm ni aq agak2 ake ar.... Ntah ar ske tgk dorg men bola k xkisah ar jnji sukan.. aq ske jnis yg pendiam tp bertempat ar , bkn jenis yg malu.... romantik I don't think so!! tapi sweet aq xske dgr janji manis ..... belum tenty dorg dpt keep promise... so jgn lebih baik jgn janji apa2.... dan aq betul2 xpercaya.... coz cam ada pngalaman ar... ada ke???
                 
                       Caring ntahlah..... aq jenis yg pentingkan bnda yg penting, nk bg comitment mmg amat susah. Tp yg penting dy kna lead aq, sbb ssuh nk wat choice  bkn  ikut  je  bg  opinion  ar..... Nk describe mmg payah sbb kadang2 yang kita mintak2 ni  bkn selalu ada.....  aq susah utk in luv tp bila dh lekat xkn susah nk ilang..... Xkisah bila sekarang k lusa... sapa dy? right or odd  .......  xkisah ar janji happy sudah lah....  k kisah utk ari ni. Kalo LEH  seseorg yg boleh aq inspirasi ar...  yh boleh aq rujuk... 

wassalam...... by Layla Khaulah